N O T I S G E R E J A
23HB OGOS 2009
MINGGU BIASA KEDUA PULUH
PENGUMUMAN KHAS :
Reverend Father Anthony Wan Cheong Pin telah meninggal dunia pada hari Khamis, 20hb Ogos, 2009 jam 8.40 malam di Hospital Umum, Miri. Jenazahnya sekarang berada di St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton. Semua umat adalah dijemput datang dan berdoa sepanjang masa berkabung serta memberi penghormatan terakhir.
Jenazah mendiang akan dibawa ke Katedral St. Joseph untuk Misa Pengkebumian pada hari Isnin (esok), 24hb Ogos, jam 9.00 pagi. Dan seterusnya disemadikan di Perkuburan Kristian Katolik, Lambir. Semoga rohnya berehat dalam aman, damai dan kekal abadi. Amin.
1. KONSERT REMAJA
Tempat : Dewan Suarah, Miri
Tarikh : Ahad, 23hb Ogos jam 7.00 malam
Konsert ini diadakan bersempena dengan Pertandingan Drama Alkitab Antara-Paroki untuk para remaja. Konsert ini terbuka kepada semua (tiada had umur). Tiket berharga RM3.00 masih dijual dan boleh diperolehi di Aras 3, Dewan Suarah. Datanglah dan marilah menyokong program Keuskupan untuk para remaja ini. Terima kasih.
2. PERHIMPUNAN MUDA-MUDI BERSAMA REVEREND FATHER STAN FORTUNA
Tempat : Hotel Imperial
Tarikh : 20hb – 22hb September
Tema : “Set Free”
Perhimpunan ini terbuka kepada semua remaja berusia 13-19 tahun. Tiket-tiket masih lagi dijual. Ibu-bapa diminta menggalakkan anak-anak mereka untuk mengikutinya dan kemungkinan ini adalah kali terakhir beliau akan mengadakan Perhimpunan ini bersama kita.
3. BANTUAN DERMA SEGERA
Lebih seratus keluarga Penan yang berada di Lusong Laku dan beberapa buah rumah panjang di sekitarnya di Ulu Belaga, berdekatan dengan sempadan Indonesia kekurangan bekalan beras. Kebanyakan tanaman mereka telah musnah. Kanak-kanaklah yang banyak menderita. Justeru itu, Paderi Paroki Balaga, Fr. Sylvester Ding memohon agar kita dapat menderma beras kepda mereka dengan segera. Sila menghantarnya ke Carmelite Monastry. Bantuan anda amatlah dihargai dan terima kasih.